Laki-Laki Yang Mencari Hari Setelah Kehilangan Hari

Laki-Laki Yang Mencari Hari Setelah Kehilangan Hari
"Selepas kejayaan kumpulan sajak LAKI-LAKI, Wacana Minda kali ini muncul dengan lebih berani menyusun atur aksara dengan santun sama ada secara polos mahupun diselindungi simbolik yang segar termuat dalam kumpulan sajak ini. Bentuk sajak yang pelbagai membicarakan tentang dirinya sebagai lelaki; pengabadian diri pada alam, kedudukan diri dalam pergolakan dunia seni dan di luarnya, serta pergolakan masyarakat dan negara dalam jalur menuju keredaan Tuhan. Pembaca kadang-kadang akan rasa tercabar untuk mendapatkan makna beberapa sajaknya, namun pembaca pasti akan berasa puas menikmati dan menghayati rentak melodi rima sajak-sajak yang berada dalam kabus takwilnya."
Dr. Chong Ah Fok
Penulis dan Penyair, Brunei Darussalam


Seseorang penyair adalah dianggap berjaya  jika karyanya puitis dan dia menyembunyikan makna untuk jangka masa yang singkat. Dalam hal puitisisme, usaha memuitiskan karya secara sedar akan menyebabkan munculnya bunga-bunga bahasa yang menimbulkan kebosanan pembaca. Makna puitis perlu difahami betul-betul. Penyembunyian makna pula jangan lama, kerana penyeksaan pembaca akan berbalas penghindaran. Di samping itu, jika karya terlalu polos, penyair tidak dikagumi,  malah dianggap sesuai berperanan menghasilkan buku sivik atau buku petua masakan. Dalam catatan singkat ini, eloklah saya tegaskan bahawa Wacana Minda berhasil dalam kedua-dua perkara yang disebutkan di atas. Bahasanya puitis secara yang natural, tidak dibuat-buat, dan sajak-sajaknya menyembunyikan makna sekadar untuk mencabar fikiran pembaca. Secara peribadi, saya berpuas hati menatap karya-karya dalam buku ini.
Dato’ Prof. Rahman Shaari
Penerima Sea Write Award 2007, Malaysia


Tentang Penulis

WACANA MINDA merupakan anak kelahiran Tanah Gajah Putih (Thailand) yang kemudiannya dibesarkan di negeri Kelantan dan Terengganu. Beliau memulakan tugas sebagai wartawan BERNAMA sebelum bertugas sebagai pendidik di beberapa buah sekolah di Selangor, Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penyair yang begitu gemar mengembara ini merupakan Setiausaha Agung Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR Malaysia) dan diberi penghormatan sebagai  Ikon Seni Budaya, akhbar Sinar Harian 2016 dan 2017, Ikon Guru 2017 dan Tokoh Inovasi Selangor 2018.
Format
Author Wacana Minda
Cover Paperback
Published 2019

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Gerakbudaya
  • Product Code: 9789670311333
  • Reward Points: 1
  • Availability: In Stock
  • RM20.00

Tags: Wacana Minda, Laki-Laki, Puisi, Buku Puisi, Sajak