If you choose self-pickup, we will email you when your order is ready. We usually take 2 to 3 days to process your order. Thank you! ♥️

Surat-Surat Untuk Kaherah

Surat-Surat Untuk Kaherah
Author: Maisrah Mansor
New Pb141 pp.
Subject: Fiction
Condition: Good
Publisher: Merpati Jingga
Published: 2014
Probably First Edition
First Published: 2013
Surat-Surat Untuk Kaherah

Tahun demi tahun yang berlalu menghayutkan latar pada era tertentu. Kisah yang pernah ditatap di lembaran akhbar seperti al-Arqam dan Aisyah Bukhari tertinggal menjadi nostalgia. Di dalam merentasi kisah demi kisah insan lain, terkadang kita tidak dapat mengelak dari dikurung nasib yang sama. Menoleh ke belakang tidak memberi kita kemampuan untuk menyatukan kembali serpihan kaca yang berderai, dihempas takdir. Mengutip serpihan itu cuma akan menghiris jari. Namun, ku rapatkan serpihan itu sebagai mengimbas sebuah kecintaan pada persahabatan. Surat-surat untuk Kaherah merupakan nota kehidupan beserta nilai persahabatan yang dirakam di dalam naskhah penulisan. Hanim mengutus warkah ke Kaherah sebagai tali untuk menarik Wafa kembali ke sisi Illahi. Calitan kenangan demi kenangan di bandar kecil, penempatan setinggan dan sekolah rendah bersatu dalam ingatannya terhadap Wafa Thahirah. Anak kecil yang dua puluh tahun dahulu dibuli kini bertukar posisi sebagai insan yang paling dikasihi. Wafa Thahirah semakin menghilang dan Hanim umpama mendakap bayang-bayang. Mampukah rasa kasih yang dikurniakan Allah membawa Wafa Thahirah mencari jalan pulang?

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Merpati Jingga
  • Product Code: 9789670584089 – Molotov Koktel
  • Availability: In Stock
  • RM21.00

Tags: Maisarah Mansor, Fiction, Religion, Merpati Jingga