If you choose self-pickup, we will email you when your order is ready. We usually take 2 to 3 days to process your order. Thank you! ♥️

Wacana Baru Politik Malaysia : Perspektif Ruang Awam Budaya dan Institusi

-52% Wacana Baru Politik Malaysia : Perspektif Ruang Awam Budaya dan Institusi

Topik yang dibincang dan dianalisis terarah kepada kemunculan ‘politik baru' yang berteraskan partisipasi dan tidak formal – landskap dan evolusi politik masyarakat sivil, politik budaya kumpulan seni, usaha mengembalikan fungsi ruang awam, politik budaya kumpulan seni, usaha mengembalikan fungsi ruang awam, politik hak asasi manusia, persoalan gender, dan membaca Habermas dalam konteks Malaysia – dan  bagaimana unsure-unsur politik baru ini saling bertingkah dengan ‘politik lama' yang formal dan procedural – politik Melayu di persimpangan, UMNO  dan konservatisme, serta hubungan kekuasaan antara institusi agama dan NGO wanita. Dalam tinjauan terhadap topik tersebut, para penulis memberi perhatian pada kedua-dua factor – struktur dan juga agensi. Melalui agensi, beberapa aspek politik lama telah ditinggalkan. Kini, sesudah beberapa dekad perstrukturan semula ekonomi dan masyarakat, diikuti Reformasi dan Tsunami 2008, politik Malaysia tidak hanya berbaur perkauman, dan penglibatan politik tidak hanya terperangkap dalam kerangka pilihanraya

atau parti politik semata-mata, sebagaimana dulu. Perubahan telah berlaku! Namun, disebabkan sebahagian institusi dan prosedur politik lama masih wujud dan ternyata tidak mudah untuk ditangani – malah institusi ini masih mampu mempengaruhi kesedaran sebahagian masyarakat – maka, yang kita saksikan kini bukanlah perubahan total, melainkan campuran beberapa kesinambungan politik dan budaya politik lama yang menyebabkan politik di Malaysia menjadi sebegitu kompleks. Di tengah-tengah kerencaman inilah, buku ini hadir untuk menawarkan kefahaman bagi mendepani cabaran politik Malaysia kini. – Dr. Francis Loh

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: SIRD
  • Product Code: 9789675832482
  • Availability: In Stock
  • RM25.00
  • RM12.00

Tags: Wacana Baru Politik Malaysia : Perspektif Ruang Awam Budaya dan Institusi