Due to the current situation related to the coronavirus, it may take us longer than usual to respond to any questions you send us and deliver your orders. Thanks for your patience.

KIUB

KIUB
Author: Syafiq Ghazali
Condition: Good
Publisher: FIXI
Published: 2018

Anas Mohd cuma seorang lelaki tall, handsome, and funny biasa yang ingin menghadiahkan dirinya dengan masakan kari ayam setelah separuh hari melakukan kerja yang baik di pejabat. Dia ke pasaraya untuk mendapatkan bahan-bahan membuat kari ayam, terutamanya Kiub Ayam Nora.


Siapa sangka kiub ayam sekecil itu akan membawanya ke dalam sebuah konflik berskala galaksi. Lalu advencer berlatarkan bintang-bintang bermula, dan seorang hero (dan beberapa lagi) pun lahir dari perut angkasa yang hitam pekat.


Makluman: kisah ini berlaku sebelum pembentukan Malaysia Baru.


--


Syafiq Ghazali lahir di Kelantan tetapi dibesarkan sepenuhnya di Pulau Pinang. Lima tahun di Penang Free School adalah katalis kepada minat untuk mula menulis. Mengambil jurusan TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia, namun masih mahu terokai bidang penulisan secara serius. Seorang penggemar kucing, teh tarik dan teater. Pencapaian terbaik dalam bidang teater setakat ini adalah tempat ketiga mewakili UKM untuk Festival Teater MAKUM 2011.

Punya blog ngomelsikit.blogspot.com dan twitter @shandye tetapi agak malas berada di atas talian. Pada tahun 2012, penulis menjalani praktikal di Alor Gajah, Melaka.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Product Code: 9789672128557 – KIUB
  • Availability: In Stock
  • RM21.90

Tags: Kiub, Malaysia Baru, Novel Fixi, Syafiq Ghazali