Rumah by Johan Malek (Buku Fixi)
Tajuk: RUMAH
Penulis:
Johan Malek
ISBN:
9789672328964
Bil
mukasurat: 288 m/s
Harga:
RM24.90
Sinopsis:
Akmal
jatuh pengsan sebaik mendapat berita bahawa ibu, ayah dan adiknya meninggal
akibat kemalangan jalan raya. Sebaik sedar, dia tiba-tiba ketawa terbahak-bahak
sehingga menimbulkan kehairanan petugas hospital yang merawatnya. Anehnya,
Akmal tak faham kenapa dia tiba-tiba ketawa. Dia juga tidak boleh menangis atau
bersedih walaupun sudah kehilangan seluruh keluarganya.
Tiga
tahun selepas kemalangan itu, Akmal menjadi seorang penyendiri yang tidak suka
keluar rumah. Biasanya dia cuma akan keluar rumah dua kali sebulan. Masanya
dihabiskan dengan bermain game dan menonton filem. Namun semuanya berubah
selepas dia mengenali Jasmin, seorang guru muzik. Awalnya Akmal resah, kerana
dia rimas dengan cerita Jasmin yang tak habis-habis, sampai ada masanya dia
rasa nak tampal selotep dekat mulut Jasmin supaya perempuan itu berhenti
bercakap.
Jasmin memaksanya keluar dari tempat persembunyiannya, dan mula kembali berhadapan dengan masyarakat. Perlahan-lahan, Akmal kembali mengenali dunia yang selama ini sudah lama dia tinggalkan.