Bercakap Dengan Jun (Edisi Kombo) by Hasrul Rizwan (Buku Fixi)
Judul: BERCAKAP DENGAN JUN (EDISI KOMBO)
Penulis: Hasrul Rizwan
Penerbit: Buku Fixi
Mukasurat: 408
ISBN: 9789672328919
Harga: RM40
Sinopsis:
Kematian, korupsi dan penindasan
membentuk Jun menjadi lelaki tanpa empati. Di kota raya, Jun raja penyeluk saku
yang tidak pernah gentarkan apa-apa sehinggalah datangnya seorang gadis di
suatu malam, melahirkan bayi di sebuah rumah kosong dan terus menghilangkan
diri meninggalkan bayinya bersama Jun.
Bayi itu disambut Jun dengan jiwa
ketakutan, namun senyuman anak kecil berpipi merah itu menerbitkan kegembiraan
dan menghakis setiap sisi kegelapannya. Jun bertekad menjaga, mendidik, dan
membesarkan si bayi bersamanya di penempatan yang terasing jauh dari manusia.
Dengan kudrat, darah dan air matanya, dia berkorban untuk menjadi ayah yang
terbaik. Sehinggalah titik hitam yang mengubah segalanya.
Buku kombo ini menggabungkan teks Bercakap Dengan Jun yang telah diubahsuai, bersama sekuelnya Bercakap Dengan Jun 2 yang terbit buat kali pertama – di mana kita ikuti kehidupan Jun dan Ranum semasa dewasa di kota.