Warga Emas Senja Yang Kesepian –Siti Zuhaida Hussein (Penerbit UKM)
Penerbit: Penerbitan UKM
Mukasurat: 98 muka surat
Tahun terbitan: 2020
Bahasa: English
Secara amnya, kesepian dalam kalangan warga emas telah
menjadi fenomena global semenjak beberapa dekad yang lalu di mana, beberapa
negara telah pun menyediakan pelan perancangan program pencegahan kesepian
sebagai persediaan menghadapi situasi 'kependudukan tua'. Penyediaan
perancangan program pencegahan kesepian yang efektif amat memerlukan maklumat
yang terperinci, tepat dan boleh dipercayai terutamanya tentang isu yang ingin
dicegah supaya is mampu mengubah, berkesan serta berfaedah kepada mereka yang menyertai
program tersebut. Maka dengan itu, pelbagai jenis kajian tentang kesepian dalam
reka bentuk yang berbeza, perlu dijalankan bagi meneroka dengan lebih mendalam
dan mendapat maklumat yang banyak mengenai situasi fenomena kesepian yang
sebenar.
SITI ZUHAIDA HUSSEIN, PhD., merupakan seorang pensyarah di Jabatan Kejururawatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memperolehi ijazah doktor falsafah dalam bidang Kesihatan Masyarakat dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia selama 13 tahun.