For self-pickup, please wait until we email you when your order is ready — usually within 3 working days. ❤️

Transformasi Sosial Dan Politik Belia –Haris Zuan (Penerbit UKM)

Transformasi Sosial Dan Politik Belia –Haris Zuan (Penerbit UKM)

Penerbit: Penerbitan UKM

Mukasurat: 159 muka surat

Tahun terbitan: 2020

Bahasa: Bahasa Malaysia


Belia merupakan antara kelompok sosial yang kurang diberi perhatian dalam kajian penglibatan politik khususnya yang berhubungan dengan masyarakat sivil di Malaysia. Malahan kebanyakan tulisan akademik dan popular mengenai penglibatan belia dalam politik sukar untuk keluar daripada romantisme 'zaman kegemilangan gerakan mahasiswa' pada tahun 1970 hingga 1980-an. Pada masa yang sama, kajian kontemporari berkaitan dengan belia pula lebih banyak memberi penekanan kepada masalah sosial - devians dan delinkuen yang kerap kali memberi kesimpulan mengelirukan terhadap sikap politik belia masa kini. Buku ini mencadangkan sikap politik dan bentuk aktivisme belia pada masa kini perlu difahami selaras dengan proses depolitisasi yang berlaku sejak 1970-an hingga kini dan juga gerakan sosial yang berlaku sejak akhir 1990-an. Proses depolitisasi bukan sahaja dilihat menyekat kebebasan aktivisme belia melalui mekanisme undang-undang, tetapi juga melalui kawalan terhadap ruang ekspresi lain seperti hiburan melalui filem, konsert dan muzik. Namun, dua gerakan sosial utama di negara ini, Reformasi 1998 dan BERSIH, telah mencetuskan kembali minat politik anak muda di negara ini dan pada masa yang sama membina satu bentuk aktivisme yang berbeza berbanding zaman sebelum 1970-an yang dirumuskan sebagai satu bentuk re-politisasi (pembinaan semula keupayaan terlibat dalam proses politik). Perubahan ini kemudiannya dapat dilihat dalam PRU-14 yang lalu apabila anak muda menjadi salah satu daripada tema besar dan memainkan peranan penting dalam transisi politik pilihan raya di Malaysia.

HARIS ZUAN merupakan Felo Penyelidik Muda di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau banyak menumpukan minat kajian dan penulisan beliau terhadap gerakan sosial belia kontemporari. Selain menghasilkan tulisan popular, beliau juga terlibat dalam kerja penterjemahan buku. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789672510659
  • Availability: In Stock
  • RM30.00

Tags: politik, sosial, belia