For self-pickup, please wait until we email you when your order is ready — usually within 3 working days. ❤️

Teknologi Warisan Alam Melayu (Penerbit UKM)

Teknologi Warisan Alam Melayu (Penerbit UKM)

Penerbit: Penerbitan UKM

Mukasurat: 209 muka surat

Tahun terbitan: 2021

Bahasa: Bahasa Malaysia

Buku ini memperihalkan aspek penting bidang sosiobudaya dan teknologi alam Melayu yang dibahagi kepada tiga tema utama, iaitu Teknologi Alam Melayu; Bandar dan Sosioekonomi Alam Melayu dan Seni Bina Warisan Alam Melayu. Setiap bab mempunyai latar dan skop pelbagai yang mencakupi aspek sejarah dan perkembangan terkini yang terkait dengan amalan hanan dan usaha penting dalam memajukan masyarakat Melayu di Malaysia. Seiring dengan perkembangan pembangunan lestari yang diangkat sebagai satu indikator penting dalam perancangan dan pembangunan semasa, penulisan buku yang merupakan hasil dapatan daripada geran dalam negara dan universal dilihat berupaya menjadi rujukan dalam mendepani isu dan cabaran yang berlaku di petempatan dan bandar tradisional di Malaysia. Kompilasi ilmu berguna tentang pencapai teknologi dan warisan bermula sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka ini dilihat selari dengan usaha kerajaaan dalam mencapai pelbagai dasar negara yang terkait dengan pembangunan fizikal dan pemerkasaan modal insan. Selain au, setiap dapatan yang dipersembahkan turut berpotensi diangkat sebagai salah satu sumbangan dalam merealisasikan aspirasi negara bagi mengukuhkan daya huni penduduk bandar dan desa terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu.

NOR ZALINA HARUN, PhD. Memperoleh ljazah Doktor Falsafah dalam bidang Seni Bina pada tahun 2011 di Universal Teknologi Malaysia. Selain bidang warisan, fokus kajian beliau turut tertumpu kepada isu baharu yang terkait dengan pembangunan semula bandar, morfologi bandar, landskap budaya dengan penekanan diberikan kepada aspek kesejahteraan dan kualiti kehidupan. ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA, PhD. Febo dalam bidang seni dan budaya Islam alam Melayu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau menghasilkan penulisan berkaitan seni ragam hias tradisional dalam manuskrip, seni bina, tekstil dan inovasi dalam produk budaya. MUHAMAD SHAFIQ MOHD ALI, Pegawai Sains Kanan di Institut Alam & Tamadun Melayu, UKM. Beliau mempunyai Sarjana Persuratan di ATMA, UKM dalam bidang arkeologi. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789672514732
  • Availability: In Stock
  • RM30.00

Tags: sejarah, warisan, melayu