For self-pickup, please wait until we email you when your order is ready — usually within 3 working days. ❤️

Pembendungan Perkahwinan -Kanak-Kanak (Penerbit UKM)

Pembendungan Perkahwinan -Kanak-Kanak (Penerbit UKM)

Penerbit: Penerbitan UKM

Mukasurat: 218 muka surat

Tahun terbitan: 2021

Bahasa: Bahasa Malaysia

Perkahwinan kanak-kanak dilihat oleh komuniti antarabangsa sebagai suatu pelanggaran hak kanak-kanak seperti hak perlindungan, hak pendidikan, hak untuk berkembang dan hak kesihatan. Usaha pembendungan perkahwinan kanak-kanak telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil demi menjaga kepentingan terbaik kanak-kanak, perkembangan did dan menjamin masa depan kanak-kanak. Sehubungan itu, buku ini menjadi bacaan asas kepada semua pihak berkepentingan yang memperjuangkan isu ini juga untuk mereka yang ingin memahami isu ini dengan Iebih balk, terutamanya dalam konteks Malaysia dan Islam. Buku ini menyorot pelbagai topik berkaitan perkahwinan kanak-kanak dari aspek undang-undang antarabangsa, hak asasi, undang-undang domestik, dan undang-undang Islam. Buku ini ditulis untuk meyakinkan semua pihak bahawa perkahwinan kanak-kanak perlu dibendung demi kesejahteraan hidup dan kepentingan terbaik kanak-kanak. Buku ini sesuai dirujuk dan diwacanakan oleh pemegang taruh, pengamal undang-undang, agamawan dan masyarakat bagi memahami perkahwinan kanak-kanak dalam konteks Malaysia dan Islam kontemporari.

MOHD AL ADIB SAMURI, PhD. Profesor Madya di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan Felo Bersekutu di Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau adalah seorang penyelidik dalam bidang hak asasi dan Islam, terutamanya hak kanak-kanak dan hak beragama. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789672514794
  • Availability: In Stock
  • RM40.00

Tags: sosial, etnik, ukm