Ketidakbolehsangkalan Tanah Natif di Sarawak – Ayuna Yussoff & Jady Zaidi Hassim (Penerbit UKM)

Ketidakbolehsangkalan Tanah Natif di Sarawak – Ayuna Yussoff & Jady Zaidi Hassim (Penerbit UKM)

Penerbit: Penerbitan UKM

Mukasurat: 98 muka surat

Tahun terbitan: 2021

Bahasa: Bahasa Malaysia

Buku ini membincangkan konsep perundangan ketidakbolehsangkalan tanah Natif di Sarawak. Konsep ini bertujuan melindungi hak milik tanah seseorang Natif yang telah didaftarkan. Selain itu, tanah Natif ini juga dilindungi oleh undang-undang adat hak anak negeri, justeru mempunyai satu lagi hak yang istimewa yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak ke atas tanah nenek moyang mereka ini. Hak ini diberikan tanpa prejudis seperti yang digariskan dalam Kanun Tanah Sarawak (Bab 81) Edisi 1958. Tetapi persoalannya, siapakah Natif? Apakah status tanah yang diduduki mereka? Dan apakah hak mereka benar-benar dilindungi? Bolehkah tanah mereka dipajak dan dipindah milik?Semua persoalan tersebut akan dibincangkan dalam buku ini. Secara umumnya buku ini dapat membantu pihak mahkamah, para pengamal undang-undang, pensyarah, pelajar dan masyarakat umum untuk mengetahui status keempunyaan tanah Natif, isu Prod dan pertikaian pindah milik dan pajakan khususnya di Sarawak berdasarkan kepada peruntukan undang-undang dan intepretasi kes mahkamah.

AYUNA YUSSOFF berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian (Cemerlang) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ayuna adalah Penerima Anugerah DiRaja pada tahun 2020 dan telah terpilih dalam Program Judicial Clerkship di Unit Penyelidikan Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya. Kini Ayuna sedang menjalani latihan dalam kamar di firma guaman Zul Rafique & Partners (ZrP). JADY ZAIDI HASSIM (PhD), adalah pensyarah di Fakulti Undang-undang, UKM. Berkepakaran dalam Kursus Undang-undang Tanah dan telah mengajar kursus tersebut melebihi 10 tahun (2010- kini). Beliau adalah penulis bersama buku 'An Introduction to Sabah Native Land Law', terbitan Penerbit UKM pada tahun 2016. Zaidi juga adalah Editor dan Jawatankuasa Teknikal Jurnal 'LAND', Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789672514626
  • Availability: In Stock
  • RM20.00

Tags: sosial, etnik, ukm