For self-pickup, please wait until we email you when your order is ready — usually within 3 working days. ❤️

Nakhoda Korporat - Kapten Ahmad Suffian

New Nakhoda Korporat - Kapten Ahmad Suffian
Title: Nakhoda Korporat (Bridge to Boardroom
ISBN: 9786299691600
Publisher: Capt. Ahmad Sufian
Author: Capt. Ahmad Sufian
Price: RM60.00
Pages:314p

Synopsis:
Beliau bermula dengan membina istana pasir di Kuantan sehinggalah mampu mengetuai kapal kargo membelah lautan luas. Segalanya bermula apabila seorang anak kampung telah dipilih sendiri oleh seorang pendidik British yang dihormati untuk menceburkan diri dalam dunia pelayaran. Dato’ Kapten Ahmad Sufian meninggalkan Kuantan pada usia 14 tahun untuk melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama di Wales. Beliau telah berkhidmat bersama armada kapal dagang British sebelum dipanggil pulang oleh kerajaan Malaysia bagi menyertai MISC. Ketika berusia 29 tahun, beliau telah mengetuai kapal dagang sebagai Nakhoda buat pertama kalinya. Selain itu, beliau turut terlibat pada peringkat awal bidang perkapalan LNG, dengan menubuhkan syarikat perkapalan negara yang kedua iaitu PNSL dan mempengerusikan Global Maritime Ventures, firma urus niaga modal maritim pertama negara. Beliau juga turut membantu memantapkan kedudukan Konsortium Pelabuhan Kuantan dan memainkan peranan penting dalam penubuhan Johor West Port (kini dikenali sebagai Pelabuhan Tanjung Pelepas).

Kebijaksanaan dan ketenangan yang beliau pamerkan di peringkat lembaga pengarah membuatkan khidmat beliau ditagih oleh syarikat-syarikat korporat. Di antaranya ialah Malaysian Bulk Carriers Berhad, PPB Group, WCT Holdings, GDEX, Alam Maritim Resources, PACC Offshore Services Holdings (Singapore) dan Shipowners’ P&I Club Luxembourg. Beliau berkhidmat bersama WCT semasa syarikat tersebut menyiapkan projek Litar Antarabangsa Sepang dan turut bersama GDEX sebelum ia menjadi syarikat penghantaran yang terkemuka pada hari ini. Dalam pada itu, beliau juga menubuhkan syarikat beliau sendiri yang kemudiannya menjadi syarikat perniagaan milik keluarga – Essem Group.

Melalui Nakhoda Korporat: Kisah Pelayaran Seorang ‘Master Mariner’, Kapten Ahmad Sufian berkongsi pengalaman beliau dalam mengharungi cabaran dan memacu syarikat-syarikat ke arah kejayaan.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Product Code: 9786299691600
  • Availability: In Stock
  • RM60.00

Tags: memoir, biografi, self-help