Sidang Bersuara: Kassim Ahmad dan Keintelektualan Mandiri

Sidang Bersuara: Kassim Ahmad dan Keintelektualan Mandiri

Penerbit : LESTARI HIKMAH 

Tahun Terbitan : 2022

Halaman : 189

Penulis/ Editor : Zarif Asyraf

KASSIM AHMAD, nama yang begitu kontroversial dalam sejarah intelektual dan politik Malaysia bahkan juga antarabangsa. Beliau dituding dengan pelbagai gelaran seperti "anti-Hadis", "sesat" bahkan "murtad" dan "kafir" oleh para penentangnya khususnya golongan Islamis yang terdiri daripada agamawan, akademikus, dan politikus populis di tengah-tengah masyarakat konservatif sedia ada yang tidak dapat menerima idea-idea Kassim Ahmad. Label-label sebeginilah yang telah menggerhanakan hampir keseluruhan besar cakerawala pemikiran beliau yang sebenarnya tidak hanya sebatas polemik-polemik yang pernah dibangkitkannya itu. Namun, dengan adanya Sidang Bersuara: Kassim Ahmad dan Keintelektualan Mandiri ini sebagai sebuah buku yang mengumpulkan esei-eseinya menjadi bukti bahawa Kassim Ahmad telah banyak bersuara tiada hentinya tentang hal-hal seperti falsafah, kemasyarakatan, politik, kebudayaan, ekonomi, sastera, seni, pendidikan, dan isu-isu tempatan serta dunia seluas-luasnya dengan keintelektualan yang tersendiri. Amatlah malang, bahawa suara-suaranya yang membingitkan bagi sesetengah pihak itu telah lekas sekali dibungkam; yang menggugah dan mencabar jesteru lantas dicantas sehabisnya; yang membuka pintu kesedaran dan fikiran masyarakat manusiawi lalu sedaya upayanya cuba ditenggelamkan juga dipadam. Demikianlah, tragedi keintelektualan yang menimpa dengan tragisnya masyarakat ini sehingga mengentalnya kebudayaan anti-intelektual. Tetapi, Kassim Ahmad 'Sang Pemberontak' tetaplah memberontak melalui pena dan helai-helai kertasnya sekalipun beliau disisihkan dan dimarginalisasikan. Suaranya akan tetap bersipongang keras di setiap penjuru, dan wajar untuk kita dengarkan suara-suara itu dengan tekun lewat buku ini. Maka, selamat menghadiri Sidang Bersuara-nya seorang Kassim Ahmad agar tumbuh seribu bahkan lebih lagi cendekiawan seperti beliau! 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Lestari Hikmah
  • Product Code: 9789672672012
  • Availability: In Stock
  • RM35.00

Tags: memoir, kassim ahmad, biografi