Islam, Demokrasi dan Politik Bangkangan Di Malaysia

Islam, Demokrasi dan Politik Bangkangan Di Malaysia
Penulis: Shaharuddin Badaruddin & Mohammad Syazwanuddin Shaharuddin
Subjek: Malaysia, Agama
Penerbit: Institut Darul Ehsan
Tahun: 2017
284 muka surat
Buku ini membincangkan tentang sejarah penglibatan PAS dalam pilihanraya di Malaysia sejak PRU yang pertama iaitu pada tahun 1955 sehinggalah ke PRU yang ke13. Selama 58 tahun ini, PAS telah mengalami evolusi baik dari sudut pendekatan, kepimpinan serta rakan kerjasama dalam pilihanraya. Selain itu, buku ini juga membincangkan tentang Islam dalam politik dan demokrasi serta peranan PAS dalam mewarnainya.

Namun PAS betul-betul mengalami evolusi yang mencorakkan politik Malaysia sehingga sekarang apabila ramai ulama' dan aktivis gerakan Islam menyertai PAS pada dekad 1980-an. PAS mengorak dengan lebih jauh apabila menguasai negeri Kelantan pada tahun 1980 selepas bekerjasama dengan beberapa parti lain terutamanya parti bukan Islam. PAS terus menjadi saingan kuat parti kerajan terutamanya UMNO apabila pada pilihanraya 1999 selepas peristiwa Reformasi.


Walaupun pencapaian PAS tidak memberangsangkan pada tahun 2004, namun pada tahun 2008, hasil tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, pakatan pembangkang berjaya menafikan 3/2 majoriti kerajaan BN buat kali pertama. Namun pada pilihanraya 2013, PAS gagal mengekalkan negeri Kedah dan mengalami penurunan kemenangan kerusi, namun pengaruh PAS terus tersebar dengan bertanding di banyak kerusi, terutamanya kawasan Melayu, dan seterusnya menjadi pesaing kuat kepada UMNO. Buku ini berakhir dengan analisis pencapaian PAS dalam pilihanraya 2013 dan masa depan penglibatan PAS dalam tahaluf siyasi bersama-sama parti-parti lain.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Institut Darul Ehsan
  • Product Code: 9789672066118 – Islam, Demokrasi dan Politik Bangkangan Di
  • Availability: In Stock
  • RM55.00

Tags: Institut Darul Ehsan, Mohammad Syazwanuddin Shaharuddin, Shaharuddin Badaruddin