Tokoh: Jatuh Bangun Veteran DAP

-10% Tokoh: Jatuh Bangun Veteran DAP
Penyunting: Wan Hamidi Hamid
Subjek: Malaysia, Politik, Sejarah
Keadaan: Bagus
Penerbit: Democracy Action Party (DAP)
Tahun: 2016
184 muka surat
Sejak penubuhannya pada 18 Mac 1966, Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah berjuang atas dasar kebebasan, keadilan dan solidariti untuk semua rakyat Malaysia. Perjuangan yang penuh suka-duka menentang badai politik perkauman telah dirintis oleh para pemimpin dan ahli parti yang sama-sama mendirikan DAP sejak 50 tahun lalu.

 

Buku ini membawakan kisah perjuangan tokoh-tokoh veteran DAP yang telah mengabdikan diri mereka sepanjang separuh abad lamanya dalam usaha membawa mesej kebenaran, peluang saksama dan hak asasi kepada rakyat Malaysia.

 

Ini adalah pengalaman pahit-manis dan jatuh-bangun dalam perjuangan yang dilalui para veteran DAP, sama ada yang telah aman di sana atau yang masih gigih bersama kita: Dr Chen Man Hin, Ahmad Ton, Lau Dak Kee, Liew Ah Kim, Karpal Singh, Fadzlan Yahya, Fan Yew Teng, Peter Paul Dason, Ibrahim Singgeh, P. Pattp, Ahmad Nor dan V. David.

 

Ramai antara mereka telah menang sebagai wakil rakyat, ada juga yang kalah; ramai yang menjadi mangsa pemerintah zalim, ada yang ditahan tanpa bicara; jiwa mereka kental, perjuangan mereka demi rakyat semata-mata atas nama demokrasi tanpa mengira kaum, gender dan agama. Itulah perjuangan DAP yang diteruskan oleh generasi muda hari ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Product Code: 9789839820621 – Tokoh: Jatuh Bangun Veteran DAP
  • Availability: In Stock
  • RM20.00
  • RM18.00

Tags: DAP, Malaysia, Wan Hamidi Hamid