Due to the current situation related to the coronavirus, it may take us longer than usual to respond to any questions you send us and deliver your orders. Thanks for your patience.

Menyurat Pesanan Perdana

-10% Menyurat Pesanan Perdana
Penulis: Mohd. Tajudin bin Haji Abdul Rahman
Kulit lembut, 284 m/s
Subjek: Ucapan-ucapan Tun Abdul Razak
Penerbit: Gerakbudaya
Terbitan: 2018
MENYURAT PESANAN PERDANA merupakan sebuah novel yang digarap dalam bentuk surat menyurat (emel) antara dua orang sahabat yang telah lama berpisah - Datuk Haji Fadzil Ibrahim, seorang pemimpin politik di peringkat akar umbi dengan seorang sahabatnya yang merupakan seorang pesara kerajaan (melalui watak Saya).


Kisahnya bermula apabila mereka bertemu dalam satu reunion para pelajar sekolah menengah mereka (lepasan tahun 1960-an) di Bandar Perda, Butterworth. Dengan perjumpaan itu, bermulalah emel antara mereka.

Kisah pertama bermula dengan nasihat sang sahabat kepada Datuk Haji Fadzil Ibrahim tentang peranan dan tanggungjawab seorang pemimpin politik di peringkat akar umbi. Nasihat-nasihat dan motivasi tersebut berpandukan kata-kata dan pesanan yang pernah diungkapkan oleh Tun Abdul Razak dalam tahun-tahun 1960-an dahulu untuk dijadikan pedoman kepada sahabatnya itu yang masih aktif dalam dunia politik setempat.


Kisah dilanjutkan lagi dengan harapan-harapan sang sahabat tersebut kepada Datuk Haji Fadzil supaya beliau meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Tun Abdul Razak - antara memajukan kawasan luar bandar, memartabatkan bahasa Melayu, sistem pendidikan kebangsaan, kebudayaan dan juga agama Islam dalam usaha negara menuju ke Tranformasi Nasional (TN50) pada tahun 2050 nanti.


Di samping itu, disentuh juga konflik yang dihadapi oleh Datuk Haji Fadzil Ibrahim sebagai pemimpin politik di peringkat akar umbi yang berhadapan dengan masalah-masalah sosial setempat seperti kehadiran para pendatang asing, penanaman pokok ketum, pengaruh media sosial, ajaran sesat serta pendidikan agama yang berlaku di kawasan sahabatnya.


Novel berbentuk surat menyurat ini diakhiri dengan usaha Datuk Haji Fadzil Ibrahim yang masih meneruskan usahanya untuk menubuhkan sebuah pusat tahfiz moden di kawasannya dan harapannya kepada Datuk Haji Fadzil Ibrahim apabila Dasar Tahfiz Negara dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan April 2016.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Gerakbudaya
  • Product Code: 9789832344964 – Menyurat Pesanan Perdana
  • Availability: In Stock
  • RM38.00
  • RM34.20

Tags: Malaysia, Mohd. Tajudin bin Haji Abdul Rahman, Perdana Menteri, Sejarah, Tun Abdul Razak, Ucapan