Pembendungan Perkahwinan -Kanak-Kanak (Penerbit UKM)
Penerbit: Penerbitan UKM
Mukasurat: 218 muka surat
Tahun terbitan: 2021
Bahasa: Bahasa Malaysia
Perkahwinan kanak-kanak dilihat oleh komuniti antarabangsa sebagai suatu pelanggaran hak kanak-kanak seperti hak perlindungan, hak pendidikan, hak untuk berkembang dan hak kesihatan. Usaha pembendungan perkahwinan kanak-kanak telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil demi menjaga kepentingan terbaik kanak-kanak, perkembangan did dan menjamin masa depan kanak-kanak. Sehubungan itu, buku ini menjadi bacaan asas kepada semua pihak berkepentingan yang memperjuangkan isu ini juga untuk mereka yang ingin memahami isu ini dengan Iebih balk, terutamanya dalam konteks Malaysia dan Islam. Buku ini menyorot pelbagai topik berkaitan perkahwinan kanak-kanak dari aspek undang-undang antarabangsa, hak asasi, undang-undang domestik, dan undang-undang Islam. Buku ini ditulis untuk meyakinkan semua pihak bahawa perkahwinan kanak-kanak perlu dibendung demi kesejahteraan hidup dan kepentingan terbaik kanak-kanak. Buku ini sesuai dirujuk dan diwacanakan oleh pemegang taruh, pengamal undang-undang, agamawan dan masyarakat bagi memahami perkahwinan kanak-kanak dalam konteks Malaysia dan Islam kontemporari.
MOHD AL ADIB SAMURI, PhD. Profesor Madya di
Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan Felo Bersekutu di Institut
Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau adalah
seorang penyelidik dalam bidang hak asasi dan Islam, terutamanya hak
kanak-kanak dan hak beragama.