Due to Malaysia's restricted movement order, we may take some time to process your purchase. Thanks for your support! ♥️

Wacana Pemikiran Reformis Jilid III

Wacana Pemikiran Reformis Jilid III
Islam menentang pemikiran jumud yang tidak sedia untuk mendepani zaman. Kemajuan berfikir dalam Islam adalah ciri utama Islam, ia bukan satu pilihan tetapi satu kewajipan. Sejak dari awal wahyu diturunkan, keperluan memartabatkan keupayaan intelektual melalui pembacaan adalah asas permulaan wahyu. Sepanjang sejarah wahyu, terpasaknya kepentingan ilmu didahului dengan ketawhidan yang mutlak kepada Sang Pencipta.

Pencerahan ilmu membuka ruang untuk kita menilai, merungkai, malah mencabar fahaman kita terhadap sesuatu isu yang difikirkan sudah beres polemiknya selama ini. Melalui proses pentaakulan ini kita akan menemui ide baru, pemikiran baru yang amat diperlukan untuk mendepani zaman yang berubah-ubah dan lebih penting nilai keberadaan Islam dalam lingkaran masyarakat terkini dapat dibuktikan. Demikian inilah yang kita fahami terhadap maksud Tajdid atau Pembaharuan yang dianjurkan oleh Islam.

Sepanjang sejarah perkembangan pemikiran Islam, berbagai aliran bertembung antara satu sama lain, bermula dari perkembangan dan pembentukan teologi kepada perkembangan mazahib dan politik Islam adalah tidak lain tidak bukan, suatu produk kebebasan berfikir yang ditampong genangannya oleh Islam. Walaupun sejarah ini sesekali menyaksikan campurtangan kepentingan politik dari istana Khalifah, namun penjanaan intelek tetap subur sehingga budaya ilmu menjadi mercutanda kejayaan Tamadun Islam.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Islamic Renaissance Front
  • Product Code: 9789671099278 – Wacana Pemikiran Reformis Jilid III
  • Availability: In Stock
  • RM60.00

Tags: Ahmad Farouk Musa, Islam, Islamic Renaissance Front