Due to Malaysia's restricted movement order, we may take some time to process your purchase. Thanks for your support! ♥️

Islam Tanpa Keekstreman

Out Of Stock Islam Tanpa Keekstreman
Berhujah Untuk Kebebasan

Author: Mustafa Akyol
New 442 pp.
Subject: Religion
Condition: Good
Publisher: Islamic Renaissance Front
Published: 2016
Sejak dahulu lagi Islam dikenali sebagai sebuah agama yang mengangkat nilai-nilai keamanan, inklusif dan sederhana, serta sentiasa menjamin hak- hak kebebasan setiap manusia. Namun persepsi ini berubah apabila sejak beberapa tahun yang lalu apabila beberapa siri serangan pengganas telah dilancarkan atas nama Islam, di mana hal ini mencetuskan kegelisahan global.

Krisis ini menjadi lebih buruk lagi apabila media-media antarabangsa sering menyiarkan gambaran yang salah tentang Islam, seterusnya menjadikan masyarakat Muslim seluruh dunia menjadi sasaran kemarahan masyarakat dunia atas setiap serangan pengganas yang berlaku.

Sebagai respons kepada kegusaran yang melanda dunia hari ini , Mustafa Akyol telah menulis buku “Islam Without Extremes” yang diterjemahkan sebagai “Islam Tanpa Keekstreman” serta menyiapkan pelbagai hujah bagi mendepani kekeliruan serta gambaran yang buruk dan ganas akan agama Islam dan Muslim seperti yang sering dimainkan oleh media-media dunia.

Beliau membawa pembaca menilai semula sejarah awal masyarakat Muslim sejak dari zaman Nabi dan bagaimana institusi politik Islam mula berkembang. Akyol berhujah bahawa “Ide kebebasan–baik dari segi teologi, politik, mahupun ekonomi–bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia Islam seperti yang sering digembar-gemburkan,” namun ide ini secara perlahan-lahan mula digantikan dengan ide yang bersifat konservatif.

Dalam penulisan ini Akyol melihat perubahan yang bermula pada era pertembungan dua mazhab utama teologi Islam; Mazhab Rasionalis bertemu dengan Mazhab Literalis, yang kemudiannya berakhir apabila mazhab Literalis berjaya menjadi mazhab yang dominan dalam perbahasan Islam untuk beberapa abad selepasnya. Doktrin-doktrin literalis ini kemudiannya dipolitikkan dan menjadi landasan tumbuhnya budaya autorotarianisme di dunia Islam

Buku Akyol ini adalah satu refleksi yang sangat penting, disusun dengan hujah dan analisis yang berlandaskan Al Qur’an, Hadith, dan pengalaman peribadi beliau sendiri dalam memerhati perkembangan politik Turki. Suara penulisan beliau adalah suara yang segar dan progresif, serta mengangkat visi liberal dan progresif yang sangat diperlukan dalam dunia Islam hari ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Stock Status

You can assign custom blocks with custom messages on Out of Stock products only.

  • RM50.00

Tags: Islam, Islamic Renaissance Front, Malaysia, Mustafa Aykol