Konspirasi by Adib Zaini (FIXI)

-20% Konspirasi by Adib Zaini (FIXI)


Buku #1 dalam trilogi Evil Empire.


“Kenapa datang kat The Lair ni? Mesti ada sebab diorang recruit awak.”

“Sama ada sini ataupun penjara.”

“I see. Apa awak buat?”

“Stuff.”

“Well, awak tak payah bagitau kalau taknak. Tapi toksah risau. Semua orang ada sebab sendiri kenapa diorang datang sini. Cuma satu warning. Sekarang dah terlambat kalau nak tarik diri. Kalau awak cuba nak lari, diorang akan bunuh awak.”

Louisa ditahan polis kerana menyebarkan gambar peribadi majikannya. Seorang gadis misteri tiba-tiba datang melepaskannya dan membawanya naik sebuah bot, atas alasan mahu melindunginya. Di atas bot, dia bertemu Syafiq, seorang lelaki yang melarikan diri dari hutang judinya dengan along. Mereka dibawa ke sebuah pulau rahsia bernama The Lair yang cukup futuristik untuk dijadikan pekerja.

Semua orang pernah rasa yang majikan mereka adalah manusia paling jahat di dunia. Tetapi bagaimana jika anda betul-betul bekerja dengan orang jahat?


Tentang Penulis

Sewaktu Adib Zaini kecil, dia menyangkakan dirinya Superman apabila dia sakit perut akibat makan gula-gula berwarna hijau yang disangkakannya kryptonite. Selepas dia bijak sedikit, dia sedari dia hanyalah manusia biasa. Sejak daripada itu, dia mula sedar yang dunia realiti ini membosankan. Maka dia mula mencipta dunia-dunia lain di dalam mindanya.


Kini dia kongsikan imaginasinya dalam bentuk novel dan filem. ILUSANITI adalah imaginasi keduanya yang dikongsikan dalam bentuk novel; yang pertama ialah ZOMBIJAYA.

Format
Author Adib Zaini
Cover Paperback
Pages 340
Published 2020

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Fixi
  • Product Code: 9789672328124
  • Reward Points: 1
  • Availability: In Stock
This Offer Expires In:
  • RM24.90
  • RM19.92
  • Price in reward points: 25

Tags: Konspirasi, Adib Zaini, Fixi