For self-pickup, please wait until we email you when your order is ready — usually within 3 working days. ❤️

Menang Dan Terbuang: Demokrasi, 'Deep State' Dan Darurat

Menang Dan Terbuang: Demokrasi, 'Deep State' Dan Darurat

Penerbit: Ilham Books

Penulis: Muhaimin Sulam

Mukasurat: 267 mukasurat

Tahun terbitan: 2021

Bahasa: Bahasa Malaysia


Sebuah catatan tentang politik pasca kejatuhan BN melalui sistem demokrasi dan analisa bagaimana kuasa politik dalaman PH bergolak dan memakan diri. Ia juga mendedahkan aktor-aktor dalam gelap yang kekal berkuasa dan mengkaji Machiavellian dalam sejarah dan budaya politik tanah air.

Turut dipaparkan cabaran perjuangan bahasa dalam mengisi jiwa bangsa. Satu penulisan ilmiah, objektif dan berani tetapi disampaikan secara santai.


Muhaimin Sulam adalah seorang manusia yang bermaudukkan budaya politik yang beradab. Kepada beliau; adab, identiti dan estetika merupakan elemen paparan budaya politik. Beliau bijak membezakan penggunaan alat dan ilmu, serta gabungan alat dan ilmu berdasarkan kepada prinsip 'patut' dalam pembinaan negara bangsa. Prinsip ini kian pupus dalam senario wacana dan amalan budaya politik Malaysia. Beliau boleh membuka satu ruang bicara meletakkan wacana adab politik di tempat yang sepatutnya. 

Prof. Dato' Dr Ahmad Murad Merican

Profesor Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC-IIUM)


Kehadiran buku yang merupakan himpunan artikel-artikel Dr. Muhaimin Sulam semenjak zaman PH sehinggalah pasca Langkah Sheraton merupakan coretan yang mempunyai nilai sejarah dan akademik tersendiri. Beliau hadir sebagai pemerhati merangkap aktor yang melalui sendiri pengalaman-pengalaman tersebut walaupun bukan sebagai pemain utama. Seperkara mengenai koleksi tulisan Dr. Muhaimin Sulam ialah kemampuan beliau mencantumkan untaian-untaian metafora dengan fakta-fakta yang sarat dengan nilai sejarah yang beliau amati, tekuni dan sekaligus melontarkan kritikannya.

Dr. Maszlee Malik

Mantan Menteri Pendidikan Malaysia & Ahli Parlimen Simpang Renggam


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: ILHAMBooks
  • Product Code: 9789672007470
  • Availability: In Stock
  • RM40.00