Bercanda dengan Mahathir

Out Of Stock Bercanda dengan Mahathir
Penulis: Rustam A. Sani
Subjek: Politik, Malaysia
Penerbit: R Publishing Services
Tahun: 2015
231 muka surat
Buku ini merupakan himpunan rencana-rencana akhbar yang ditulis oleh Rustam A. Sani, seorang penganalisis politik yang prolific lagi gigih. Karya-karya yang dihimpunkan dalam buku ini meliputi ruang waktu antara tahun 1998 hingga 2006 – yakni sejak Rustam memperluaskan bidang kegiatannya daripada sekadar menjadi penganalisis sosiologi politik akademik untuk turut menjadi penggiat politik pembangkang dan gerakan reformasi.

Namun demikian, nada kritis yang mencirikan rencana-rencana ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Rustam. Sejak beliau bergiat dalam penulisan kolum-kolum di akhbar-akhbar dan majalah-majalah arus perdana seperti Dewan Masyarakat, Utusan Malaysia dan New Straits Times, Rustam telah menulis dalam nada yang demikian. Tetapi setelah penglibatannya dalam gerakan reformasi, kesempatannya menulis dalam akhbar-akhbar aurs perdana itu telah dihalang pihak berkuasa- dan Rustam terpaksa menulis hanya di akhbar-akhbar dan majalah-majalah gerakan reformasi dan pembangkang seperti Detik, Suara PRM, Suara Keadilan, Harakah dan sebagainya.

Dalam buku ini dikumpulkan 33 artikel Rustam yang secara langsung mengkritik pemerintahan Mahathir – dan didahului dengan sebuah Kata Pengantar baru.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Stock Status

You can assign custom blocks with custom messages on Out of Stock products only.

  • Product Code: 9789832949053 – Bercanda dengan Mahathir
  • Availability: Out Of Stock
  • RM20.00

Tags: Malaysia, R Publishing Services, Rustam A Sani