Mencari Kewajaran Islam di Malaysia

Mencari Kewajaran Islam di Malaysia
Penulis: Dinsman
284 m/s
Subjek: Islam, Malaysia
Kondisi: Bagus
Penerbit: SIRD
Tahun: 2017

Buku ini menghimpunkan 71 esei dalam pelbagai bidang tetapi berkaitan dengan tema dan topik “Mencari kewajaran Islam di Malaysia”. Mencarikewajaran! Mengapa? Kerana banyak ketidak-wajaran berlaku dalam hal-hal Islam dan keislaman di Malaysia, sekitar tahun-tahun sebelum 2000, hinggalah sekarang.Dinsman dikenali sebagai aktivis teater dan puisi. Teaternya Menunggu Kata Dari Tuhan (2009) dipersembahkan di dalam masjid dan surau. Terakhir dia membawa lakonan ke atas pokok melalui Teater Atas Pokok (2016) dan ke sawah padi, ‘Teater di Sawah Padi’ (2017). Namun penulis yang berpendidikan agama (Maahad Mahmud dan Kolej Islam) sebelum mempelajari Sosiologi-Antropologi di Universiti Malaya ini, juga banyak berbicara persoalan umat Islam dan keIslaman di Malaysia. Itulah drama Tamu Dari Medan Perang (2006), dan buku politiknya Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaan (2013).Mencari kewajaran Islam di Malaysia mempersoalkan banyak perkara, amalan dan nilai yang berlaku dalam masyarakat Islam Malaysia, yang menurut pengarang ini adalah tidak wajar, yakni tidak wajar mengikut fahaman Islamnya. Dan beliau menjelaskan kewajarannya.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: SIRD
  • Product Code: 9789670960845
  • Reward Points: 1
  • Availability: In Stock
  • RM38.00
  • Price in reward points: 38

Tags: Dinsman, Islam, Malaysia