Muda & Derhaka (Kumpulan Artikel Dan Esei)

-57% Muda & Derhaka (Kumpulan Artikel Dan Esei)

Mengapa kita perlu menerima segala keputusan yang berlegar dalam ruang sosial tanpa menggugat atau sekurang-kurangnya menyemak relevansinya? Adakah kita kekurangan karangan-karangan yang mencerahkan dan menguak minda masyarakat ataukah kita sudah menjadi lemah, layu dan longlai akibat dibelasah teruk oleh wacana hegemoni yang mendominan?

Naskhah ini tidak bertugas untuk menjawab persoalan-persoalan ini dengan kemas dan mapan, namun berperanan untuk membangkitkan pertanyaan-pertanyaan penting yang terpencil dan digelapkan. Mengungkit-ungkit permasalahan setempat dan memikir-ulang peranan orang muda dalam berhadapan dengan "tirani baru" yang boleh berbentuk wacana kekuasaan, agama dan budaya. Ketidakberesan ini cuba digembar-gemburkan dan berharap agar masyarakat mula terlibat dalam misi pemberdayaan dan mencerahkan masyarakat.

Kritik sosial dan sanggahan-sanggahan yang tersedia dalam naskhah ini menuntut kritik balas dan gugatan yang lebih kemas. Ini fungsi wacana yang perlu dihidupkan semula. Dan, inilah peranan orang muda. Sekalipun masyarakat menghukumnya derhaka.

Format
Author Rien Sd
Published 2018
Paperback Good

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: SIRD
  • Product Code: 9789672165330
  • Availability: In Stock
  • RM23.00
  • RM10.00

Tags: Muda & Derhaka (Kumpulan Artikel Dan Esei), Anak Muda, Malaysia, Politik, Mahasiswa