Pengikut Nabi Khidir: Coretan Pengalaman
Tajuk: Pengikut Nabi Khidir: Coretan Pengalaman
Penulis: Mohd Fudzail Mohd Nor
Publisher: Fudzail Publication
Harga: RM24
ISBN: 9789672680918
Size: 20.2x12.3x1
Pernah suatu hari pada tahun 1998 saya memandu kereta
sendirian di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur dari mesyuarat di sebuah bank.
Seperti biasa dengan khalayak yang ramai dan gamat. Di Chow Kit senantiasa
penuh dengan orang ramai ke hulu ke hilir. Jam rnenunjukkan pukul 12.00
tengahari. Terasa perut sudah lapar.
Lab pergi ke sebuah gerai itu dan duduk. Saya meminta nasi
ayam dan teh tarik. Begitulah selalunya.
"Assalamrnualaikum!" Seorang lelaki itu menegur.
Nampaknya sungguh mesra. Saya melihat. Terkejut. Menjawab salam.
"Waalaikummusalam." "Saya Shahrir, mungkin awak tidak
kenal!" Shahrir menghulurkan tangan. Saya menyambutnya.
"Bismillahhirrahmanirahim!" Bergegar ke jantung. Saya terkejut.
"Saudaralah sahabat yang karni cari-cari sejak setahun
lalu! Kann' sudah puas mencari di Malaysia. Tidak berjumpa. Sahabat ini perlu
merasa bergegar hingga ke jantung bila disebut bismillahhirrahmanirahim!"
Shahrir tersenyum "Karnulah pengikut Nabi Khidhir!" Saya terus
tergamam.