Tadabbur Wahyu: Ringkasan dan Ulasan Al-Tahrir Wa Al-Tanwir oleh Ibn' Ashur

-20% Tadabbur Wahyu: Ringkasan dan Ulasan Al-Tahrir Wa Al-Tanwir oleh Ibn' Ashur


Suatu keistimewaan yang cukup menyerlah dalam tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir ialah keupayaan Ibn ‘Ashur memperlihatkan kesepaduan surah-surah al-Qur’an. Beliau berusaha menyerlahkan kaitan erat suatu surah dengan surah yang sebelum dan sesudahnya. Dengan demikian keseluruhan surah-surah al-Qur’an, dari al-Fatihah hingga al-Nas terasa seolah-olah hanya satu surah.


Tanggapan semerta bahawa al-Qur’an seolah-olah sebuah kitab yang kandungannya terputus-putus kerana kepelbagaian nama surahnya, dapat diubah setelah terbukti kesatuan dan kesepaduannya. Ternyata Ibn ‘Ashur adalah seorang ilmuwan ensiklopedik yang daerah penguasaan ilmunya meliputi bidang-bidang yang pelbagai, termasuk bidang bahasa dan sastera Arab. Ini menjadi salah satu ciri khas tafsirnya yang memberikan pemaknaan yang teliti dan tuntas tentang sesuatu kata yang dianggapnya penting. Ketelitiannya dalam memberikan makna suatu kata kadang-kadang terasa mengatasi ketelitian sebuah kamus.


Mungkin ini dilakukanya demi menepati ungkapan yang menjadi judul tafsirnya Tahrir al-Ma‘na al-Sadid..., iaitu pengungkapan makna yang tepat. Memang kata-kata al-Qur’an harus dimaknai setepat mungkin. Ciri lain yang turut menjadikan tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir ini istimewa ialah sorotannya terhadap aspek ketinggian balaghah al-Qur’an. Nilai stailistik dan gaya pengungkapan al-Qur’an yang sangat mengagumkan itu memang seharusnya diserlahkan sebagai salah satu i‘jaz al-Qur’an.


Siddiq Fadzil (Tokoh Maal Hijrah 1440H/2018M)

Format
Author Rosli Mokhtar
Cover Paperback
Pages 60
Published 2019

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: ILHAMBooks
  • Product Code: 9789672007319
  • Reward Points: 1
  • Availability: In Stock
This Offer Expires In:
  • RM20.00
  • RM16.00

Tags: Ibn Ashur, Ilham Books, Islam, Books, Rosli Mokhtar