Tujuh by Firdaus MFD (Buku Fixi)
Tajuk: TUJUH
Penulis:
Firdaus MFD
ISBN:
9789672328926
Bil
mukasurat: 272 m/s
Harga:
RM24.90
Sinopsis:
Bermula
dengan penemuan sebuah kitab lama dalam almari arwah ibunya, Zariq bersama tiga
rakan karibnya terjebak dengan misteri kehilangan penduduk Kampung Tanjung
Sabang di sungai berhampiran.
Walaupun
berasal dari kampung itu sendiri, Zariq tidak pernah suka duduk berlama-lama di
rumah ibunya. Dia rasa seluruh kampung itu pelik. Dari jiran tetangga
sehinggalah penduduk kampung itu, semuanya pelik. Kehilangan salah seorang
penduduk kampung semasa keluar mengail udang juga seperti tidak dipedulikan
sesiapa.
Diasak
rasa ingin tahu, Zariq, Hanna, Hafiy dan Manuel berusaha menyiasat kejadian
kehilangan itu. Tanpa disangka, tindakan mereka masuk campur dalam urusan orang
kampung akhirnya mengundang malapetaka.
Apakah yang sebenarnya terjadi di kampung tersebut dan apakah kaitannya dengan kitab lama yang dijumpai Zariq itu?