Vamos Sur America - Travel Memoir
Vamos!!! dalam Spanish bermaksud Jom ( let’s go ).
Buku Vamos Sur America Travel Memoir berkisar mengenai pengembaraan 2 sahabat yang berlainan bangsa dan agama tetapi mempunyai satu matlamat yang sama iaitu ingin menerokai dunia.
Mereka meninggalkan pekerjaan tetap dan mengembara selama 2 tahun yang bermula dari Ogos 2014 dan kembali ke tanahair pada September 2016.
Vamos Sur America Travel Memoir yang ditulis oleh Bijan M. Baki dan Kim Ong ini menceritakan pengembaraan mereka di benua Amerika Selatan dengan mencuba cara pengembaraan baharu iaitu ‘adventure riding’. Mereke membeli sebuah motosikal di Peru dan mengembara di Peru, Bolivia, Chile dan Argentina. Setelah motor di jual, mereka memasuki hutan tebal Amazon dan tinggal di Amazon selama sebulan.
Di dalam buku ini juga disertakan tips untuk membeli motor di Peru. Ia semestinya sangat berguna untuk mereka yang mempunyai impian sama.
Pengembaraan mereka sering mendapat perhatian di social media dan sekembalinya ke tanahair, mereka pernah di temu-ramah oleh pihak Berita Harian, Rancangan Wanita Hari Ini di TV 3 dan juga Rancangan Apa Kata Wanita di TV 1.
Format | |
Cover | Paperback |
Published | 2019 |