Wanita Di Sabah: Kami Taraf Apa? Antara Kedudukan Tersisih dan Hak Saksama

Wanita Di Sabah: Kami Taraf Apa? Antara Kedudukan Tersisih dan Hak Saksama

Buku ini, 'Wanita di Sabah: Kami Taraf Apa? Antara Kedudukan Tersisih dan Hak Saksama' adalah berdasarkan penterjemahan buku asal 'Women in Sabah : Needs, Concerns and Aspirations' yang diterbitkan oleh SAWO pada tahun 1992. Ianya agak ringkas dan tidak dikemaskinikan untuk digunakan sebagai penanda aras (benchmark) bagi keadaan wanita di Sabah pada masa dahulu hingga hujung tahun 1980-an.

Isu-isu wanita di Sabah belum dibincang, dikaji dan diselidik secara sistematik dan serius. Karya (tulisan dan lain-lain) mengenai status dan sumbangan wanita di Sabah masih kurang, umpamanya, kehidupan harian biasa dari sudut pandangan kita sendiri. Oleh itu, buku ini adalah satu usaha permulaan SAWO yang kecil tetapi penting untuk menambahkan bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia tentang kedudukan wanita Sabah dan pelbagai aspek hidup, seperti ekonomi, politik, pendidikan dan media, undang-undang dan sosio-budaya dari perspektif kami.

Buku ini menganalisis isu-isu berkaitan dengan wanita Sabah dan memberi juga beberapa alternatif yang kami harap dapat menyumbang ke arah membentuk sebuah masyarakat yang lebih kesaksamaan gender dan pembangunan mampan.

Kami amat berharap buku yang telah diterjermahkan dalam Bahasa Malaysia ini berguna dan dihargai.

Format
Cover Paperback
Pages 137
Translator Carol Yong Ooi Lin
Published 2020

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • RM30.00

Tags: Wanita, Sabah, Malaysia